Kementerian Kesihatan Malaysia    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ
SOALAN LAZIM :

1.    Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?
       Tidak. Setiap aduan yang dibuat adalah percuma.

2.    Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
       Boleh, dengan izin pengadu.

3.    Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu maklumat peribadi?
       Boleh, sekiranya aduan telah melibatkan kepentingan awam dan maklumat yang mencukupi diterima untuk 
       membolehkan siasatan dilakukan.

4.    Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh KKM?
       •    Kelewatan / tiada tindakan;
       •    Tindakan tidak adil;
       •    Kekurangan kemudahan awam;
       •    Kepincangan perlaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang;
       •    Salah guna kuasa / penyelewengan yang bukan bertujuan mendatangkan keuntungan;
       •    Salah laku anggota awam;
       •    Kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan;
       •    Kegagalan penguatkuasaan; dan
       •    Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.

5.    Bagaimana cara saya membuat aduan?
       •    Laman sesawang : www.moh.gov.my
       •    E-mel : pro.kkm@moh.gov.my
       •    Telefon : 03 - 8883 3888
       •    Surat :
                  Unit Komunikasi Korporat
                  Kementerian Kesihatan Malaysia
                  Aras 4, Blok E7, Kompleks E
                  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                  62590 Putrajaya

       •    Hadir sendiri ke Unit Komunikasi Korporat, KKM atau Jabatan-Jabatan Kesihatan Negeri

6.    Apa berlaku kepada aduan saya?
       •    KKM akan mengeluarkan nombor kes / rujukan setelah didaftar dalam sistem.
       •    KKM menghantar Surat Akuan Terima (SAT) kepada pengadu.
       •    KKM menghantar Surat Arahan Siasatan kepada JKN/ fasiliti berkaitan.
       •    Siasatan dijalankan.
       •    Semua urusan surat menyurat berhubung dengan tindakan siasatan disalinkan kepada pengadu sebagai
             makluman.
       •    KKM maklumkan keputusan penyelesaian kes kepada pengadu.
       •    Sekiranya aduan diputuskan sebagai kes Medico-Legal oleh Jawatankuasa Penyiasat, kes akan dibawa
             kepada Bahagian Amalan Perubatan KKM.
       •    KKM menyerahkan borang CSI untuk penilaian pengadu terhadap perkhidmatan pengurusan aduan yang 
             diberikan.

7.    Berapa lama KKM membuat siasatan?
       Standard Operating Procedures (SOP) KKM, tempoh masa penyelesaian kes tertakluk kepada kategori aduan
       sama ada kes Biasa dan Kompleks. Tempoh penyelesaian aduan Biasa adalah dalam tempoh 15 hari bekerja
       manakala tempoh penyelesaian bagi aduan kompleks adalah dari 16 hingga 365 hari.

8.    Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat status aduan saya?
       Status aduan boleh diketahui melalui Semak Maklubalas menggunakan nombor rujukan/ kes yang telah didaftar
       dalam sistem.

9.    Berapa lama pertanyaan awam akan dijawab?
       Pertanyaan awam (public enquiries) perlu dijawab dalam tempoh dalam tempoh 15 hari bekerja.
Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader